Monday, April 16, 2012

Akibat Kecemerlangan?

        Memulakan hari dengan kedatangan lambat untuk Kursus Kepegawaian KOAM yang diajurkan oleh PPD. Sikap ambil mudah hampir-hampir memakan diri. Kursus yang bermula pada pukul 8.00 pagi disangkakan 8.30 pagi. Sampai saja majlis sedang dirasmikan oleh Penolong PPD. 
        Memadangkan tempat kursus hanya berhampiran dengan rumah, saya pun bertolak dari rumah pada pukul 8.00 pagi dan sempat  berhenti untuk bersarapan dahulu sebelum pergi ke tempat kursus kerana menyangka kursus bermula pada pukul 8.30 pagi. Sedang asyik menikmati roti telur dan nescafe O ais, terdengar makcik-makcik tukang masak kedai berbual. Pada mulanya apa yang dibualkan tidak saya ketahui hinggalah tiba-tiba seorang makcik bersuara agak kuat. " Ramai budak lelaki menjadi mat rempit, perompak, dan macam-macam lagi". kata makcik tersebut. 
       Saya pun mula memasang telinga untuk mendengar dengan lebih terperinci apa yang dibualkan." Perempuan pulak jadi bohsia dan pelacur". kata makcik yang seorang lagi. Perbualan semakin rancak apabila beberapa orang lagi makcik tukang masak di situ mula memberikan pendapat. Setelah beberapa ketika barulah saya dapat menangkap sepenuhnya perbualan mereka. 
       Makcik-makcik tersebut berbual tentang kesan kecemerlangan terhadap pelajar yang tidak cemerlang. Patutlah rancak sangat berbual, topik yang menarik. Apa yang akan terjadi kepada murid yang tidak cemerlang  untuk menempatkan diri di dalam dunia yang mementingkan kecemerlangan? Baru saya faham mengapa makcik yang pertama tadi mengatakan ramai budak lelaki menjdi mat rempit, perompak dan sebagainya. Semua syarikat hanya mementingkan kualiti akademik semata-mata sehinggakan mengaabaikan yang kurang cemerlang dari segi akademik. Terfikir sejenak, inilah yang mungkin ingin diubah oleh kerajaan dengan memperkenalkan dasar-dasar baru seperti KSSR di mana objektif utama melengkapkan diri murid-murid bukan sahaja kecemerlangan akademik tetapi juga sahsiah dan rohani. 
       Akhir perbualan mereka terdengar salah seorang dari mereka berkata " Jadi cikgu jugak senang". Tetapi seorang dari mereka membantah kerana tugas guru amat mencabar pada masa kini. Makcik yang berkata tadi cepat menambah" bukan macam tu, keluar saja ada kerja". Mungkin apa yang yang ingin disampaikan oleh makcik tersebut sepatutnya ialah lebih senang masuk IPGM, lepas keluar saja terus dapat kerja. 




Terasa betapa bertuah menjadi GURU....
MSH '12


   

Monday, April 9, 2012

Contoh Kertas Kerja Penganjuran Kejohanan Badminton




SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR MERAH
22100 PERMAISURI, SETIU

                     
    KERTAS KERJA          
KEJOHANAN BADMINTON
TERTUTUP SKPM
2008


Tarikh:
01 - 02 OGOS 2008  

Tempat:
KOMPLEKS SUKAN GUNTUNG

Kelolaan:
KELAB KO KURIKULUM PERMAINAN BADMINTON



                  

1.0        PENGENALAN
      Pertandingan Kejohanan Badminton Tertutup SKPM 2008 merupakan satu aktiviti yang dikelolakan oleh ahli-ahli Kelab Badminton. Tujuan pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru dalam mengurus dan mengelola kejohanan amnya dan badminton khususnya. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi kesempatan kepada warga SKPM untuk merapatkan lagi tali persahabatan dan silaturrahim sesama guru dan murid-murid.
   
2.0        NAMA AKTIVITI
Kejohanan Badminton Tertutup SKPM 2008


3.0        OBJEKTIF
3.1         Mendedahkan kepada guru-guru ko kurikulum badminton tentang cara mengendalikan sesuatu pertandingan.

3.2         Mencungkil bakat-bakat baru untuk kejohanan MSSM Badminton pada tahun-tahun akan datang.

3.3         Memperkenalkan cara atau teknik permainan badminton kepada guru dan murid-murid.

3.4         Menjalinkan hubungan persahabatan dan silaturrahim sesama warga SKPM.

4.0        TARIKH
01 - 02 Ogos 2008.(JUMAAT dan SABTU)

5.0        TEMPAT
Gelanggang Badminton, Kompleks Sukan Guntung
6.0        PESERTA
Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor Merah

7.0        PENGANJUR
Kelab Ko Kurikulum Permainan Badminton SKPM

8.0         CARTA ORGANISASI
Sila rujuk Lampiran A.

9.0        STRUKTUR ORGANISASI
Sila rujuk Lampiran B.

10.0    MANUAL ORGANISASI
Sila rujuk Lampiran C.

11.0    ATURCARA
           Sila rujuk Lampiran D

12.0    ANGGARAN BELANJAWAN
Sila rujuk Lampiran E.

13.0    PENUTUP
            Adalah amat diharapkan agar program yang dijalankan ini akan mendapat sokongan dari semua pihak dalam mencapai matlamat yang telah digariskan. Semoga usaha yang murni ini akan dilimpahi oleh Allah dengan petunjuk hidayah dan juga keberkatan, dan dipermudahkan bagi kita dalam melaksanakannya. Segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:                                                 Disemak oleh:


__________________________                                    ____________________
(..................................................)                     (..........................................................)
Pengerusi,                                                        Penasihat,     
Kejohanan Badminton Tertutup                       Kelab Ko Kurikulum Permainan Badminton
Sekolah Kebangsaan Panchor Merah             Sekolah Kebangsaan Panchor Merah              
22100 Permaisuri, Setiu                                   22100 Permaisuri, Setiu
Terengganu.                                                     Terengganu.                                           

Disahkan oleh:

___________________________
 (.................................................)       
Penolong Kanan Ko Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Panchor Merah
22100 Permaisuri, setiu
Terengganu.

Diluluskan oleh:                                              


______________________________                       
(........................................................)                    
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Panchor Merah
22100 Permaisuri, setiu
Terengganu.
                                   
                       
Bahawasanya dengan ini saya meluluskan/tidak meluluskan program dalam kertas kerja ini.

Ulasan:______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________                                           



LAMPIRAN B

STRUKTUR ORGANISASI


Penasihat                                : 
                                                   

Pengerusi                               : 

Naib Pengerusi                      : 

Setiausaha                             : 

Bendahari                               : 
                                                                       


JAWATANKUASA PUBLISITI 

Ketua             : 
Ahli                 : 
                                                                                   
 
JAWATANKUASA CENDERAMATA DAN MAKANAN

Ketua             : 
Ahli                 : 
                         

JAWATANKUASA PERSIAPAN GELANGGANG DAN PERALATAN

Ketua             : 
Ahli                 :


JAWATANKUASA  URUSETIA DAN PENDAFTARAN

Ketua             : 
Ahli                 : 


 
JAWATANKUASA  PENGADILAN

Ketua             : 
Ahli                 : 



                                                                 LAMPIRAN C


MANUAL ORGANISASI KEJOHANAN

Bil
Tugas dan Tanggungjawab
1
PENGERUSI

1.0
1.1
1.2
1.3
1.4



Menyediakan Kertas Kerja Dasar Projek.
Berurusan dengan pihak Ko Kurikulum dan HEP
Menyelia semua mesyuarat projek.
Memastikan kelancaran gerak kerja projek.
Menyediakan dan menyerahkan laporan akhir projek.



2
TIMBALAN PENGERUSI

2.1
2.2


Menggantikan tempat dan semua tugas pengarah ketika pengarah tiada.
Membantu pengarah dalam melaksanakan gerak kerja projek.

3
SETIAUSAHA

3.1
3.2
3.3


Menyediakan surat-surat berkenaan dengan projek.
Menyediakan minit mesyuarat projek.
Menyediakan laporan sepanjang projek berlangsung.

4
BENDAHARI

4.1
4.2
4.3



Menguruskan pendapatan dan perbelanjaan projek.
Menyediakan anggaran belanjawan projek.
Menyediakan laporan belanjawan projek.

5
JAWATANKUASA PUBLISITI

5.1
5.2


Menyediakan Banner/ Iklan
Publisiti kepada semua warga SKPM
6
JAWATANKUASA CENDERAMATA DAN MAKANAN

6.1
6.2


Menguruskan cenderamata
Menyediakan makanan

7
JAWATANKUASA PERSIAPAN GELANGGANG DAN PERALATAN

7.1
7.2


Menguruskan gelanggang pertandingan
Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan

8
JAWATANKUASA URUSETIA DAN PENDAFTARAN

8.1
8.2
8.3

Membuat tag nama AJK
Pendaftaran peserta
Menyambut Tetamu

9
JAWATANKUASA PENGADILAN

9.1

Menjadi pengadil pertandingan




LAMPIRAN D

ATUR CARA PERTANDINGAN


01/7/2008 (Jumaat)

08.30 am - 12.00  pm           : Perlawanan pusingan pertama
03.00 – 07.00 pm                 : Perlawanan pusingan kedua

1/4/2008 (isnin)
08.30 – 12.00 pm                 : Perlawanan suku akhir
02.00 – 4.00   pm                  : Perlawanan separuh akhir
04.45 – 5.00   pm                   : Ketibaan Tuan Guru Besar dan para jemputan
05.15 – 06.00 pm                  : Perlawanan akhir
06.15 – 07.00 pm                  : Majlis penyampaian hadiah
                                                   Jamuan ringan
                                                   Bersurai

LAMPIRAN E


BIL
PERBELANJAAN

RM


1




MAKANAN

RM 10.00 x 20 Orang x 2 Hari

Air Mineral  RM 12.00 x 10 kotak



400.00

120.00
2

CENDERAMATA

Perasmian RM 25.00 X 2

Kategori Beregu (Lelaki)
          I.    Johan Beregu                RM 15 x 2
        II.    Naib Johan                     RM 10 x 2
       III.    Ketiga dan Keempat       RM 5 x 2

Kategori Beregu (Perempuan)
          I.    Johan Beregu                    RM 15 x 2
        II.    Naib Johan                        RM 10 x 2
       III.    Ketiga dan Keempat          RM 5 x 2RAMATA70ling ceria)  1 X RM 20



50.00


30.00
20.00
10.00


30.00
20.00
10.00


3

PUBLISITI DAN PERALATAN
Bulu Tangkis RM 100
Banner RM 50.00


        100.00
          50.00

JUMLAH

RM 840.00

 ANGGARAN BELANJAWAN
BIL
PENDAPATAN

RM


1





Sumber Pendapatan 

1970.00


JUMLAH

840.00