Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan...


Sama-samalah kita perbaiki kelemahan dan kekurangan diri dalam bulan yang mulia ini..

Wednesday, July 18, 2012

Latihan Hantaran - Hoki


Number One


HARI SUKAN OLAHRAGA DAN SUKANEKA


Peraturan-peraturan mudah untuk acara sukan olahraga peringkat sekolah.

PERATURAN PERTANDINGAN (TAHAP SATU)

ACARA
PERATURAN
BILANGAN PESERTA
50 M
 (L) &(P)
- Peserta mesti berlari dari garisan  
  permulaan hingga ke garisan penamat.
- Peserta yang memotong laluan @
  menghalang larian pihak lawan akan  
  dibatalkan larian & peserta paling pantas  
  adalah pemenang

100M(L) – 2 orang
100M(P) – 2 orang
LOMPAT JAUH (L)&(P)
- Peserta yang paling jauh lompatan dikira
  pemenang.
- Peserta yang memijak melebihi papan dikira 
   batal.
L.Jauh (L) – 2 orang
L.Jauh (P) – 2 orang
20 M KEPIT BOLA BERGANTI
(L)&(P)
- Peserta mesti mengepit bola di celah kangkang.
- Tidak dibenarkan memegang bola semasa  
  larian  kecuali apabila bola jatuh.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang
BAWA BOLA PING PONG DALAM SUDU BERGANTI
 (L) &(P)
- Peserta tidak dibenarkan memegang sudu 
  semasa berlari kecuali jika bola jatuh.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang
PECAH BELON
BERGANTI
(L)&(P)
- Setiap peserta mesti berlari dari garisan 
  permulaan ke tempat tiupan belon.
- Peserta mesti meniup belon serta 
  memecahkannya dan kembali ke garisan 
  permulaann untuk giliran peserta berikutnya.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang
LARI KAKI TIGA
BERGANTI
(L)&(P)
- Peserta pertama tidak dibenarkan mengikat tali 
   @ kain sebelum visel dibunyikan.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang
TIUP TEPUNG
(L) &(P)
- Setiap peserta mesti berlari dari garisan 
  permulaan ke tempat carian gula-gula.
- Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil  
  sebiji gula-gula di dalam bekas untuk setiap   
  larian.
- Masa yang diberi ialah 4 minit sahaja.
- Pasukan yang mengumpul gula-gula paling 
   banyak dikira pemenang.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang


PERATURAN PERTANDINGAN (TAHAP DUA)


ACARA
PERATURAN
BILANGAN PESERTA
100 M
 (L) &(P)
- Peserta mesti berlari dari garisan 
  permulaan hingga ke garisan penamat.
- Peserta yang memotong laluan @
  menghalang larian pihak lawan akan  
  dibatalkan larian & peserta paling pantas adalah
  pemenang

100M(L) – 2 orang
100M(P) – 2 orang
LOMPAT JAUH
 (L) &(P)
- Peserta yang paling jauh lompatan dikira
  pemenang.
- Peserta yang memijak melebihi papan dikira 
   batal.
L.Jauh (L) – 2 orang
L.Jauh (P) – 2 orang
LONTAR PELURU
(L) &(P)
- Peserta tidak dibenarkan melangkah keluar dari 
   garisan hadapan semasa membuat lontaran.
- Lontaran paling jauh dikira pemenang.
Lelaki – 2 orang
Perempuan - 2 orang
TEROMPAH GERGASI
 (L) &(P)
- Peserta mesti memulakan perjalanan dari garisan 
  permulaan hingga ke garisan penamat.
Pasukan Lelaki – 5 orang
Pasukan Perempuan – 5 orang
LARI KAKI TIGA
BERGANTI
(L)& (P)
- Peserta pertama tidak dibenarkan mengikat tali 
   @ kain sebelum visel dibunyikan.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang

GELEK TAYAR
25 M
BERGANTI
(L)& (P)
- Setiap peserta mesti menggelek melalui 
  lorong masing-masing.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang
TARIK TALI
(L)&(P)
- Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik tali
  sebelum wisel dibunyikan.
- Pasukan yang memasuki kawasan lawan dikira 
  kalah.
Pasukan Lelaki – 10 orang
Pasukan Perempuan – 10 orang


Monday, July 16, 2012

Pelik tapi itulah hakikatnya..

                Pernah tak anda terjumpa ayat ini "kalau nak tahu lagi PM la saya" atau "kalau nak tahu caranya PM la saya"   Entahlah apa yang ingin disampaikan sebenarnya. Masyarakat Melayu kita susah sangat untuk berkongsi ilmu terutamanya ilmu ekonomi seperti MLM dan jualan langsung yang lain. Pernahkah anda terfikir? kalaulah mereka ini benar-benar ikhlas untuk menolong rakan-rakan yang lain apa perlunya berahsia. Cuba terangkan secara terperinci kepada semua agar kita semua mendapat faedah bersama.
                Seolah-olah apabila kita berkongsi semua yang kita ada tu hanya akan menyebabkan kita hilang semunya. Kita seperti tidak percaya yang rezeki kita ada dimana-mana dan rezeki masing-masing telah ditentukan dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. 

Friday, July 13, 2012

Field Hockey Injuries


Field Hockey Injuries

Delayed-onset Muscle Soreness

Delayed-onset muscle soreness (DOMS) or “muscle fever” — such a wonderfully descriptive term — is that distinctive muscle pain that nearly everyone experiences after intense or unfamiliar exercise, often peaking as much as a day or two later. Sometimes it is so severe that it is mistaken for a pulled muscle. Weakness is a symptom as much as the pain is, but only hardened competitors are likely to test their strength while feeling so sore. The nastiness starts after a bit of a delay, often after sleeping, and then continues for 24 to 72 hours. Some people don’t even notice it until the second day.




http://saveyourself.ca/articles/delayed-onset-muscle-soreness.php

KERTAS CADANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR






JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN,
BESUT



KERTAS CADANGAN
AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR
PELAJAR KPLI PENDIDIKAN JASMANI
INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN, BESUT
2008











DIPANJANGKAN UNTUK KELULUSAN
PENGARAH
INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN,
BESUT




___________________________________________________________________

1.         PENGENALAN

Program ‘IPSMB Extreme Outdoor Quest Challenge 2008’ merupakan program untuk memenuhi keperluan subjek pendidikan luar yang ditetapkan oleh Kurikulum Jabatan Pendidikan Jasmani IPSMB. Program ini merupakan program yang akan melibatkan guru-guru pelatih KPLI Pengajian Pendidikan Jasmani IPSMB.
Program yang dicadangkan selama 8 hari 7 malam ini dirancang khusus untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk membentuk jati diri sebagai persiapan untuk menjadi seorang guru yang bakal menjadi pemimpin dan contoh kepada masyarakat. Mereka diharapkan akan mempunyai daya saing yang terbaik sama ada semasa di IPSMB mahupun setelah tamat pengajian mereka. Selain dari itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal guru-guru pelatih. Melalui program ini juga guru-guru pelatih dapat menimba lebih pengetahuan tentang aktiviti camping, berkayak, orienteering, snorkeling, rope course dan sebagainya.

Program yang dirancang ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru pelatih KPLI dan pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani IPSMB.


2.         OBJEKTIF              
    
      I.    Memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih  tentang aktiviti yang akan diikuti.
    II.    Sebagai memenuhi kurikulum KPLI PJ iaitu Ujian Amali  untuk Pendidikan Luar KPLI PJ ambilan Januari 2008
   III.    Meningkatkan daya tahan guru-guru pelatih dari segi fizikal dan mental.
  IV.    Merapatkan silaturrahim antara guru-guru pelatih sesama guru-guru pelatih dan pensyarah.
    V.    Memberi peluang kepada guru-guru pelatih dalam bertukar pendapat dan pengalaman.
  VI.    Meningkatkan daya kepimpinan diantara guru pelatih.






3.         RASIONAL

Program ‘IPSMB Extreme Outdoor Quest Challenge 2008’ ini di wujudkan bertujuan untuk memberi peluang guru pelatih menimba pengetahuan dan pengalaman mengenai Pendidikan Luar. Objektif dan matlamat program diharap dapat menyumbang idea-idea baru bagi membantu meningkatkan tahap kepimpinan, pengetahuan, pengalaman, kemahiran, disiplin, dan jati diri guru-guru pelatih melalui pendidikan luar. 
Program seumpama ini juga dijalankan bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental di kalangan guru-guru pelatih. Program ini juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru pelatih, jurulatih, pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat. Di samping itu juga, program ini merupakan salah satu proses pembelajaran melalui pengalaman yang dialami oleh guru-guru pelatih  terutamanya dari segi teori dan praktikal.  Program ini juga diaadakan adalah untuk memenuhi kurikulum KPLI PJ iaitu Ujian Amali untuk Pendidikan Luar KPLI PJ ambilan Januari 2008.  Pelajar akan diuji secara amali dan Teori berhubung dengan amalan dan aktiviti dalam Pendidikan Luar
Selain itu, program ini juga diadakan untuk menjadikan seseorang itu lebih berkemahiran dan berdisiplin. Kesimpulannya, dengan menyertai program ini, guru-guru pelatih akan memperolehi banyak pengalaman dan pengetahuan yang boleh dipraktikkan di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian apabila pulang dari program ini.

4.         MATLAMAT

Di akhir program ini, diharapkan semua guru pelatih yang terlibat akan lebih berdedikasi, berketrampilan dan membentuk ciri berkepimpinan dalam membentuk identiti tersendiri. Di samping itu program ini juga diharap dapat membantu melahirkan guru-guru pelatih yang mendapat latihan yang secukupnya, bukan saja untuk aktiviti darat malahan aktiviti air. Latihan yang secukupnya akan dapat membantu meningkatkan ketahanan mental dan fizikal, spiritual, daya intelektual dan jati diri yang mantap.



5.         PESERTA

Para peserta adalah terdiri daripada guru-guru pelatih KPLI Pendidikan Jasmani IPSMB ambilan Januari 2008.

6.         TARIKH
Program ini akan diadakan selama 8 hari 7 malam  iaitu bermula pada 14 Jun  2008 sehingga 21 Jun 2008, bertempat di Pulau Perhentian, Terengganu.


7.         CARTA ORGANISASI


PENASIHAT

        KETUA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI

PENYELARAS PROGRAM

PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN JASMANI

PENOLONG PENYELARAS PROGRAM


PENSYARAH PENGIRING


PENGERUSI PROGRAM



PEN.PENGERUSI PROGRAM


SETIAUSAHA


PEN.SETIAUSAHA



BENDAHARI


PEN.BENDAHARI







AHLI JAWATANKUASA


PERALATAN



PROTOKOL


AKTIVITI



MAKANAN



PENGANGKUTAN



KEROHANIAN DAN KEBERSIHAN



PUBLISITI



LAPORAN



TUGAS TUGAS KHAS



KESELAMATAN


9.         BAJET PROGRAM
                       
PERBELANJAAN




PENGANGKUTAN    (PERGI/BALIK)          :RM  x 22 orang  x 2                =RM  

MAKAN PESERTA                                        :RM x 41 orang x 7 hari          =RM  

ALAT TULIS DAN BAHAN EDARAN            :RM  x 41 orang                       = RM  

MINYAK BOT                                                 :RM  x 2 bot x 7 hari                = RM  

SPARK PLUG                                                :RM  x 2 bot                           = RM  

2T                                                                   :RM x  1                               = RM  

JUMLAH KESELURUHAN                                                                       = RM



10.       PENUTUP


Semoga program yang berbentuk latihan ini dapat mencapai objektif seperti yang telah ditetapkan. Dengan adanya program ini, ianya dapat memberikan pendedahan dan pembelajaran secara positif kepada para guru pelatih melalui segala aktiviti yang dijalankan. Program seperti ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai lagi guru yang berwawasan dan tahan lasak dalam menghadapi kehidupan dan berjaya di masa hadapan. Secara tidak langsung program ini akan mengeratkan lagi ukhuwah dan pertalian di kalangan pensyarah dan guru pelatih. Program ini juga secara tidak langsung dapat membantu pihak institut melahirkan guru yang berpengalaman luas di dalam bidang rekreasi.

Adalah diharapkan melalui program ini akan dapat meningkatkan daya tahan dan kekuatan fizikal serta mental pelajar untuk menghasilkan guru permulaan yang berketrampilan, berdaya saing dan berkeyakinan tinggi. Program ini juga diharapkan dapat mencetuskan minat, semangat dan keinginan pelajar untuk mengikuti aktiviti aktiviti yang lebih mencabar dan bergiat aktif di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.


Disediakan oleh,


-----------------------------------
()

Setiusaha,
Pendidikan Jasmani, KPLI 2008
Institut Perguruan Sultan Mizan
22200 Besut, Terengganu


Disemak oleh,
-------------------------------------
()
Pensyarah Pendidikan Luar (KPLI)
Institut Perguruan Sultan Mizan
22200 Besut, Terengganu

Disahkan  oleh,
-----------------------------------
()

Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Institut Perguruan Sultan Mizan
22200 Besut, Terengganu




Diluluskan oleh;
----------------------------------------------------------------
()

Pengarah,
Institut Perguruan Sultan Mizan Besut,
22200 Besut, Terengganu.

Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan / tidak meluluskan program dalam kertas kerja ini.

Ulasan:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh :

Thursday, July 12, 2012

KITARAN MIKRO FASA PRA-PERTANDINGAN


KITARAN MIKRO FASA PRA-PERTANDINGAN
(SATU SESI LATIHAN)
FASA
Pra-pertandingan
BULAN
April, Mei dan Jun
MAKRO
10 minggu
MIKRO
Minggu Ketiga Puluh Empat ( hari ke 3 )
Sesi
Pagi
Hari
Masa
Aktiviti
Catatan
Selasa
8.00 pagi

Latihan Jeda Kelajuan
30 meter X 3 (5 saat)
Rehat 15 saat (joging)
60 meter X 3 (7 saat)
Rehat 21 saat (joging)
90 meter X 3 ( 11 saat)
Rehat: 33 saat
Dijalankan 2 set
Rehat antara set: 5 minit
Masa dasar : 13 minit
Masa sasaran : 11 -12 saat.

Pemanasan Tubuh (10 minit) - Joging

Regangan Umum (10 minit) – melibatkan otot dan anggota utama tubuh
Regangan Khusus (20 minit) – tumpuan kepada bahagian dari paras pinggang ke kaki.
(static & dinamik stretching)

Dijalankan bagi mengekalkan tahap kecergasan menuju kepada pertandingan.

Pada ketika ini kebolehan atlet berada pada tahap 95% bersedia.

Penyejukan Tubuh (10 minit):
Slow Jog dan regangan umum


5.00 petang

Perlawanan Perujian/Persahabatan
Pemberatan : Masa perlawanan sebenar.
(35 minit – 15 minit – 35 minit)

Dijalankan di padang hoki dengan masa penuh 35 minit setiap separuh masa.