Saturday, May 26, 2012

Lama tak menulis.. Penat dan Marah....

        Dah sebulan lebih tak buka pun blog ni.. mula-mula sibuk menguruskan Progrram Hari Keluarga... Maklumlah pertama kali buat secara besar-besaran dan bermalam pula.. Walaupun masih ramai yang tidak dapat hadir kerana ada hal masing-masing, program tersebut masih meriah dengan kehadiran Pn. Guru Besar kami.. terima kasih kerana memberi semangat dan dorongan untuk program tersebut...
        Selepas selesai program hari keluarga tiba masa untuk latihan rumah sukan dan sukaneka hari sukan sekolah pula.. penat melatih budak-budak tahun 1 hingga 3... masih ada beberapa hari lagi untuk berlatih sebelum sukan sekolah iaitu 21 Jun 2012.. 
  Sambutan hari guru yang terpaksa disambut secara berasingan membuatkan hati marah, kecewa , terkilan dan banyak lagi. Sekolah didaerah lain tidak ada masalah untuk menyambutnya serentak tetapi kami terpaksa menyambutnya berasingan.. kadang-kadang bila dah berkuasa kita lupa yang di bawah... kita lupa yang kita juga adalah mereka pada suatu ketika dahulu... 
     Cuti sekolah ni masa terbaik untuk berehat dan bersama keluarga....