Saturday, August 11, 2012

Berakhirnya Olimpik 2012

                Jutaan tahniah kepada pemenang pingat perak dan gangsa negara iaitu Datuk Lee Chong Wee dan Pandalela Renong. Kejayaan mereka sepatutnya kita raikan dengan penuh gembira walaupun tidak mendapat pingat emas pertama untuk negara. Kejayaan mereka sepatutnya menjadi contoh kepada atlet lain untuk lebih berjaya.
               Disamping meraikan kejayaan pingat perak dan gangsa terdapat juga suara-suara sumbang mengatakan mengapa kita masih belum mampu mendapat pingat emas yang pertama sedang negara jiran kita seperti Thailand dan Indonesia telah pun mempunyai koleksi emas yang banyak. Jika kita kaji semula sememangnya banyak acara yang mampu untuk menyumbangkan pingat emas kepada kita tidak dipertandingkan dalam sukan Olimpik seperti sukan squash dan bowling padang yang berkemungkinan kita boleh mendapatkan emas. Ada antara acara sukan Olimpik tidak terdapat di Malaysia seperti gusti. 
              Nagara jiran kita di selatan pula menggunakan khidmat "atlet import" untuk mendapatkan pingat untuk mereka seperti sukan pingpong yang membarisi pemain kelahiran China. Memang tidak dinafikan kita juga pernah menggunakan 'atlet import' tetapi mereka mungkin dalam acara yang memang dikuasi oleh negara tertentu sahaja jadi memang sukar untuk kita memenanginya. 
              Kejayaan negara China dan Korea Selatan berada dalam 'top 5' perlu dibanggakan. Tetapi jika kita lihat negara Australia yang amat hebat pada sukan Asia yang lepas hanya menduduki tempat ke 9 ketika ini. Banyak atlet mereka terpaksa bersaing dengan pasukan lain yang hebat jika dibandingkan dengan sukan Asia yang lepas.
              Walaupun kita meraikan kemenangan tetapi jangan kita lupa mengkaji  sebab kegagalan beberapa acara yang sepatutnya memberikan lebih banyak peluang untuk membawa balik pingat seperti badminton 'double' dan berbasikal. Mungkinkah kesilapan strategi menyebabkan kita terlepas pingat dalam acara-acara tersebut. Pengurusan dan atlet perlu mengakui kekurangan mereka dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan mereka. 


Harapan kita, atlet Malaysia mencapai kejayaan yang lebih gemilang selepas ini....
msh@12