Memulakan hari dengan kedatangan lambat untuk Kursus Kepegawaian KOAM yang diajurkan oleh PPD. Sikap ambil mudah hampir-hampir memakan diri. Kursus yang bermula pada pukul 8.00 pagi disangkakan 8.30 pagi. Sampai saja majlis sedang dirasmikan oleh Penolong PPD.
Memadangkan tempat kursus hanya berhampiran dengan rumah, saya pun bertolak dari rumah pada pukul 8.00 pagi dan sempat berhenti untuk bersarapan dahulu sebelum pergi ke tempat kursus kerana menyangka kursus bermula pada pukul 8.30 pagi. Sedang asyik menikmati roti telur dan nescafe O ais, terdengar makcik-makcik tukang masak kedai berbual. Pada mulanya apa yang dibualkan tidak saya ketahui hinggalah tiba-tiba seorang makcik bersuara agak kuat. " Ramai budak lelaki menjadi mat rempit, perompak, dan macam-macam lagi". kata makcik tersebut.
Saya pun mula memasang telinga untuk mendengar dengan lebih terperinci apa yang dibualkan." Perempuan pulak jadi bohsia dan pelacur". kata makcik yang seorang lagi. Perbualan semakin rancak apabila beberapa orang lagi makcik tukang masak di situ mula memberikan pendapat. Setelah beberapa ketika barulah saya dapat menangkap sepenuhnya perbualan mereka.
Makcik-makcik tersebut berbual tentang kesan kecemerlangan terhadap pelajar yang tidak cemerlang. Patutlah rancak sangat berbual, topik yang menarik. Apa yang akan terjadi kepada murid yang tidak cemerlang untuk menempatkan diri di dalam dunia yang mementingkan kecemerlangan? Baru saya faham mengapa makcik yang pertama tadi mengatakan ramai budak lelaki menjdi mat rempit, perompak dan sebagainya. Semua syarikat hanya mementingkan kualiti akademik semata-mata sehinggakan mengaabaikan yang kurang cemerlang dari segi akademik. Terfikir sejenak, inilah yang mungkin ingin diubah oleh kerajaan dengan memperkenalkan dasar-dasar baru seperti KSSR di mana objektif utama melengkapkan diri murid-murid bukan sahaja kecemerlangan akademik tetapi juga sahsiah dan rohani.
Akhir perbualan mereka terdengar salah seorang dari mereka berkata " Jadi cikgu jugak senang". Tetapi seorang dari mereka membantah kerana tugas guru amat mencabar pada masa kini. Makcik yang berkata tadi cepat menambah" bukan macam tu, keluar saja ada kerja". Mungkin apa yang yang ingin disampaikan oleh makcik tersebut sepatutnya ialah lebih senang masuk IPGM, lepas keluar saja terus dapat kerja.
Terasa betapa bertuah menjadi GURU....
MSH '12
Monday, April 16, 2012
Saturday, April 14, 2012
Tuesday, April 10, 2012
Monday, April 9, 2012
Contoh Kertas Kerja Penganjuran Kejohanan Badminton
SEKOLAH KEBANGSAAN
PANCHOR MERAH
22100 PERMAISURI,
SETIU
KERTAS
KERJA
KEJOHANAN
BADMINTON
TERTUTUP
SKPM
2008
Tarikh:
01 - 02 OGOS 2008
Tempat:
KOMPLEKS SUKAN GUNTUNG
Kelolaan:
KELAB KO KURIKULUM PERMAINAN BADMINTON
1.0
PENGENALAN
Pertandingan Kejohanan Badminton Tertutup SKPM
2008 merupakan satu aktiviti yang dikelolakan oleh ahli-ahli Kelab Badminton.
Tujuan pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru
dalam mengurus dan mengelola kejohanan amnya dan badminton khususnya. Selain
itu, aktiviti ini juga dapat memberi kesempatan kepada warga SKPM untuk
merapatkan lagi tali persahabatan dan silaturrahim sesama guru dan murid-murid.
2.0
NAMA AKTIVITI
Kejohanan Badminton Tertutup SKPM 2008
3.0
OBJEKTIF
3.1
Mendedahkan
kepada guru-guru ko kurikulum badminton tentang cara mengendalikan sesuatu
pertandingan.
3.2
Mencungkil
bakat-bakat baru untuk kejohanan MSSM Badminton pada tahun-tahun akan datang.
3.3
Memperkenalkan
cara atau teknik permainan badminton kepada guru dan murid-murid.
3.4
Menjalinkan
hubungan persahabatan dan silaturrahim sesama warga SKPM.
4.0
TARIKH
01 - 02 Ogos 2008.(JUMAAT dan
SABTU)
5.0
TEMPAT
Gelanggang
Badminton, Kompleks Sukan Guntung
6.0
PESERTA
Warga Sekolah Menengah
Kebangsaan Panchor Merah
7.0
PENGANJUR
Kelab Ko Kurikulum Permainan Badminton SKPM
8.0
CARTA ORGANISASI
Sila rujuk Lampiran A.
9.0
STRUKTUR ORGANISASI
Sila rujuk Lampiran B.
10.0 MANUAL
ORGANISASI
Sila rujuk Lampiran C.
11.0 ATURCARA
Sila rujuk Lampiran D
12.0 ANGGARAN
BELANJAWAN
Sila rujuk Lampiran E.
13.0 PENUTUP
Adalah
amat diharapkan agar program yang dijalankan ini akan mendapat sokongan dari
semua pihak dalam mencapai matlamat yang telah digariskan. Semoga usaha yang
murni ini akan dilimpahi oleh Allah dengan petunjuk hidayah dan juga keberkatan,
dan dipermudahkan bagi kita dalam melaksanakannya. Segala kerjasama yang
diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak, didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
__________________________ ____________________
(..................................................) (..........................................................)
Pengerusi,
Penasihat,
Kejohanan Badminton Tertutup Kelab Ko Kurikulum Permainan Badminton
Sekolah
Kebangsaan Panchor Merah Sekolah Kebangsaan Panchor Merah
22100 Permaisuri, Setiu 22100 Permaisuri, Setiu
Terengganu. Terengganu.
Disahkan oleh:
___________________________
(.................................................)
Penolong Kanan Ko Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Panchor Merah
22100 Permaisuri, setiu
Terengganu.
Diluluskan oleh:
______________________________
(........................................................)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Panchor Merah
22100 Permaisuri, setiu
Terengganu.
Bahawasanya
dengan ini saya meluluskan/tidak meluluskan program dalam kertas kerja ini.
Ulasan:______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
LAMPIRAN
B
STRUKTUR
ORGANISASI
Penasihat :
Pengerusi
:
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :
JAWATANKUASA
PUBLISITI
Ketua :
Ahli :
JAWATANKUASA
CENDERAMATA DAN MAKANAN
Ketua :
Ahli :
JAWATANKUASA
PERSIAPAN GELANGGANG DAN PERALATAN
Ketua :
Ahli :
JAWATANKUASA URUSETIA DAN PENDAFTARAN
Ketua :
Ahli :
JAWATANKUASA
PENGADILAN
Ketua :
Ahli :
LAMPIRAN
C
MANUAL
ORGANISASI KEJOHANAN
Bil
|
Tugas dan Tanggungjawab
|
1
|
PENGERUSI
|
1.0
1.1
1.2
1.3
1.4
|
Menyediakan Kertas Kerja Dasar Projek.
Berurusan dengan pihak Ko Kurikulum dan HEP
Menyelia semua mesyuarat projek.
Memastikan kelancaran gerak kerja projek.
Menyediakan dan menyerahkan laporan akhir projek.
|
2
|
TIMBALAN PENGERUSI
|
2.1
2.2
|
Menggantikan tempat dan semua tugas pengarah ketika
pengarah tiada.
Membantu pengarah dalam melaksanakan gerak kerja
projek.
|
3
|
SETIAUSAHA
|
3.1
3.2
3.3
|
Menyediakan surat-surat berkenaan dengan projek.
Menyediakan minit mesyuarat projek.
Menyediakan laporan sepanjang projek berlangsung.
|
4
|
BENDAHARI
|
4.1
4.2
4.3
|
Menguruskan pendapatan dan perbelanjaan projek.
Menyediakan anggaran belanjawan projek.
Menyediakan laporan belanjawan projek.
|
5
|
JAWATANKUASA
PUBLISITI
|
5.1
5.2
|
Menyediakan Banner/ Iklan
Publisiti kepada semua warga SKPM
|
6
|
JAWATANKUASA
CENDERAMATA DAN MAKANAN
|
6.1
6.2
|
Menguruskan cenderamata
Menyediakan makanan
|
7
|
JAWATANKUASA
PERSIAPAN GELANGGANG DAN PERALATAN
|
7.1
7.2
|
Menguruskan gelanggang pertandingan
Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan
|
8
|
JAWATANKUASA
URUSETIA DAN PENDAFTARAN
|
8.1
8.2
8.3
|
Membuat tag nama AJK
Pendaftaran peserta
Menyambut Tetamu
|
9
|
JAWATANKUASA
PENGADILAN
|
9.1
|
Menjadi pengadil pertandingan
|
LAMPIRAN
D
ATUR CARA PERTANDINGAN
01/7/2008 (Jumaat)
08.30 am - 12.00 pm :
Perlawanan pusingan pertama
03.00 – 07.00 pm :
Perlawanan pusingan kedua
1/4/2008
(isnin)
08.30 – 12.00 pm : Perlawanan suku akhir
02.00 – 4.00 pm :
Perlawanan separuh akhir
04.45 – 5.00 pm : Ketibaan Tuan Guru Besar dan para jemputan
05.15 – 06.00 pm : Perlawanan akhir
06.15 – 07.00 pm : Majlis penyampaian hadiah
Jamuan ringan
Bersurai
LAMPIRAN
E
BIL
|
PERBELANJAAN
|
RM |
|
1
|
MAKANAN
RM 10.00 x 20 Orang x 2 Hari
Air Mineral RM 12.00 x 10 kotak
|
400.00
120.00
|
|
2
|
CENDERAMATA
Perasmian RM 25.00 X 2
Kategori Beregu (Lelaki)
I. Johan Beregu RM 15 x 2
II. Naib Johan RM 10 x 2
III. Ketiga dan Keempat RM 5 x 2
Kategori Beregu (Perempuan)
I. Johan Beregu RM 15 x 2
II. Naib Johan RM 10 x 2
III. Ketiga dan Keempat RM 5
x 2RAMATA70ling ceria) 1 X RM 20
|
50.00
30.00
20.00
10.00
30.00
20.00
10.00
|
|
3
|
PUBLISITI DAN
PERALATAN
Bulu Tangkis RM 100
Banner RM 50.00
|
100.00
50.00
|
|
JUMLAH
|
RM 840.00 |
BIL
|
PENDAPATAN
|
RM |
|
1
|
Sumber Pendapatan
|
1970.00
|
|
JUMLAH
|
840.00 |
Subscribe to:
Posts (Atom)