JABATAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN KESIHATAN
INSTITUT PERGURUAN
SULTAN MIZAN,
BESUT
KERTAS CADANGAN
AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR
PELAJAR KPLI PENDIDIKAN JASMANI
INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN, BESUT
2008
DIPANJANGKAN UNTUK KELULUSAN
PENGARAH
INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN,
BESUT
___________________________________________________________________
1. PENGENALAN
Program ‘IPSMB Extreme Outdoor
Quest Challenge 2008’ merupakan program untuk memenuhi keperluan subjek
pendidikan luar yang ditetapkan oleh Kurikulum Jabatan Pendidikan Jasmani IPSMB.
Program ini merupakan program yang akan melibatkan guru-guru pelatih KPLI
Pengajian Pendidikan Jasmani IPSMB.
Program yang dicadangkan selama 8 hari 7 malam ini
dirancang khusus untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk membentuk
jati diri sebagai persiapan untuk menjadi seorang guru yang bakal menjadi
pemimpin dan contoh kepada masyarakat. Mereka diharapkan akan mempunyai daya
saing yang terbaik sama ada semasa di IPSMB mahupun setelah tamat pengajian
mereka. Selain dari itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan daya
ketahanan mental dan fizikal guru-guru pelatih. Melalui program ini juga
guru-guru pelatih dapat menimba lebih pengetahuan tentang aktiviti camping, berkayak,
orienteering, snorkeling, rope course dan sebagainya.
Program yang dirancang ini akan dikendalikan
sepenuhnya oleh guru-guru pelatih KPLI dan pensyarah-pensyarah Jabatan
Pendidikan Jasmani IPSMB.
2. OBJEKTIF
I. Memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang aktiviti yang akan diikuti.
II. Sebagai memenuhi kurikulum KPLI PJ iaitu Ujian
Amali untuk Pendidikan Luar KPLI PJ
ambilan Januari 2008
III. Meningkatkan daya tahan guru-guru pelatih dari segi
fizikal dan mental.
IV. Merapatkan silaturrahim antara guru-guru pelatih
sesama guru-guru pelatih dan pensyarah.
V. Memberi peluang kepada guru-guru pelatih dalam
bertukar pendapat dan pengalaman.
VI. Meningkatkan daya kepimpinan
diantara guru pelatih.
3. RASIONAL
Program
‘IPSMB Extreme Outdoor Quest Challenge 2008’ ini di wujudkan bertujuan untuk
memberi peluang guru pelatih menimba pengetahuan dan pengalaman mengenai
Pendidikan Luar. Objektif dan matlamat program diharap dapat menyumbang
idea-idea baru bagi membantu meningkatkan tahap kepimpinan, pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, disiplin, dan jati diri guru-guru pelatih melalui pendidikan
luar.
Program
seumpama ini juga dijalankan bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanan
fizikal dan mental di kalangan guru-guru pelatih. Program ini juga dapat
merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru pelatih, jurulatih, pensyarah
dan pihak-pihak yang terlibat. Di samping itu juga, program ini merupakan salah
satu proses pembelajaran melalui pengalaman yang dialami oleh guru-guru pelatih
terutamanya dari segi teori dan
praktikal. Program ini juga diaadakan
adalah untuk memenuhi kurikulum KPLI PJ iaitu Ujian Amali untuk Pendidikan Luar
KPLI PJ ambilan Januari 2008. Pelajar
akan diuji secara amali dan Teori berhubung dengan amalan dan aktiviti dalam
Pendidikan Luar
Selain
itu, program ini juga diadakan untuk menjadikan seseorang itu lebih
berkemahiran dan berdisiplin. Kesimpulannya, dengan menyertai program ini,
guru-guru pelatih akan memperolehi banyak pengalaman dan pengetahuan yang boleh
dipraktikkan di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian apabila pulang dari
program ini.
4. MATLAMAT
Di akhir program ini, diharapkan semua guru pelatih
yang terlibat akan lebih berdedikasi, berketrampilan dan membentuk ciri berkepimpinan
dalam membentuk identiti tersendiri. Di samping itu program ini juga diharap
dapat membantu melahirkan guru-guru pelatih yang mendapat latihan yang
secukupnya, bukan saja untuk aktiviti darat malahan aktiviti air. Latihan yang
secukupnya akan dapat membantu meningkatkan ketahanan mental dan fizikal,
spiritual, daya intelektual dan jati diri yang mantap.
5. PESERTA
Para peserta adalah terdiri daripada guru-guru
pelatih KPLI Pendidikan Jasmani IPSMB ambilan Januari 2008.
6. TARIKH
Program ini akan diadakan selama 8 hari 7 malam iaitu bermula pada 14 Jun 2008 sehingga 21 Jun 2008, bertempat di Pulau
Perhentian, Terengganu.
7. CARTA
ORGANISASI
PENASIHAT
KETUA
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI
PENYELARAS PROGRAM
PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN JASMANI
PENOLONG PENYELARAS PROGRAM
PENSYARAH PENGIRING
PENGERUSI PROGRAM
PEN.PENGERUSI PROGRAM
SETIAUSAHA
PEN.SETIAUSAHA
BENDAHARI
PEN.BENDAHARI
AHLI JAWATANKUASA
PERALATAN
PROTOKOL
AKTIVITI
MAKANAN
PENGANGKUTAN
KEROHANIAN DAN KEBERSIHAN
PUBLISITI
LAPORAN
TUGAS TUGAS KHAS
KESELAMATAN
9. BAJET
PROGRAM
PERBELANJAAN
PENGANGKUTAN (PERGI/BALIK) :RM x 22 orang x 2 =RM
MAKAN PESERTA :RM x 41 orang x 7 hari =RM
ALAT TULIS DAN BAHAN EDARAN :RM x 41 orang = RM
MINYAK BOT :RM x 2 bot x 7 hari
= RM
SPARK PLUG :RM x 2 bot = RM
2T
:RM x 1
= RM
JUMLAH
KESELURUHAN = RM
|
10. PENUTUP
Semoga program yang
berbentuk latihan ini dapat mencapai objektif seperti yang telah ditetapkan.
Dengan adanya program ini, ianya dapat memberikan pendedahan dan pembelajaran
secara positif kepada para guru pelatih melalui segala aktiviti yang
dijalankan. Program seperti ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai lagi
guru yang berwawasan dan tahan lasak dalam menghadapi kehidupan dan berjaya di
masa hadapan. Secara tidak langsung program ini akan mengeratkan lagi ukhuwah
dan pertalian di kalangan pensyarah dan guru pelatih. Program ini juga secara
tidak langsung dapat membantu pihak institut melahirkan guru yang berpengalaman
luas di dalam bidang rekreasi.
Adalah
diharapkan melalui program ini akan dapat meningkatkan daya tahan dan kekuatan
fizikal serta mental pelajar untuk menghasilkan guru permulaan yang
berketrampilan, berdaya saing dan berkeyakinan tinggi. Program ini juga
diharapkan dapat mencetuskan minat, semangat dan keinginan pelajar untuk
mengikuti aktiviti aktiviti yang lebih mencabar dan bergiat aktif di peringkat
yang lebih tinggi pada masa akan datang.
Disediakan
oleh,
-----------------------------------
()
Setiusaha,
Pendidikan
Jasmani, KPLI 2008
Institut
Perguruan Sultan Mizan
22200 Besut,
Terengganu
Disemak oleh,
-------------------------------------
()
Pensyarah
Pendidikan Luar (KPLI)
Institut
Perguruan Sultan Mizan
22200 Besut,
Terengganu
Disahkan oleh,
-----------------------------------
()
Ketua Jabatan,
Jabatan
Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Institut
Perguruan Sultan Mizan
22200 Besut,
Terengganu
Diluluskan oleh;
----------------------------------------------------------------
()
Pengarah,
Institut Perguruan Sultan Mizan Besut,
22200 Besut, Terengganu.
Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan / tidak meluluskan program dalam kertas kerja ini.
Ulasan:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh
:
No comments:
Post a Comment