CikguPJ
Ingin berkongsi ilmu dan pengalaman bersama...
Monday, March 11, 2013
Lama betul tak buka...
lama betul tak tengok blog ni.. banyak sangat kerja sampai nak update blog pun tak sempat...
Saturday, August 11, 2012
Berakhirnya Olimpik 2012
Jutaan tahniah kepada pemenang pingat perak dan gangsa negara iaitu Datuk Lee Chong Wee dan Pandalela Renong. Kejayaan mereka sepatutnya kita raikan dengan penuh gembira walaupun tidak mendapat pingat emas pertama untuk negara. Kejayaan mereka sepatutnya menjadi contoh kepada atlet lain untuk lebih berjaya.
Disamping meraikan kejayaan pingat perak dan gangsa terdapat juga suara-suara sumbang mengatakan mengapa kita masih belum mampu mendapat pingat emas yang pertama sedang negara jiran kita seperti Thailand dan Indonesia telah pun mempunyai koleksi emas yang banyak. Jika kita kaji semula sememangnya banyak acara yang mampu untuk menyumbangkan pingat emas kepada kita tidak dipertandingkan dalam sukan Olimpik seperti sukan squash dan bowling padang yang berkemungkinan kita boleh mendapatkan emas. Ada antara acara sukan Olimpik tidak terdapat di Malaysia seperti gusti.
Nagara jiran kita di selatan pula menggunakan khidmat "atlet import" untuk mendapatkan pingat untuk mereka seperti sukan pingpong yang membarisi pemain kelahiran China. Memang tidak dinafikan kita juga pernah menggunakan 'atlet import' tetapi mereka mungkin dalam acara yang memang dikuasi oleh negara tertentu sahaja jadi memang sukar untuk kita memenanginya.
Kejayaan negara China dan Korea Selatan berada dalam 'top 5' perlu dibanggakan. Tetapi jika kita lihat negara Australia yang amat hebat pada sukan Asia yang lepas hanya menduduki tempat ke 9 ketika ini. Banyak atlet mereka terpaksa bersaing dengan pasukan lain yang hebat jika dibandingkan dengan sukan Asia yang lepas.
Walaupun kita meraikan kemenangan tetapi jangan kita lupa mengkaji sebab kegagalan beberapa acara yang sepatutnya memberikan lebih banyak peluang untuk membawa balik pingat seperti badminton 'double' dan berbasikal. Mungkinkah kesilapan strategi menyebabkan kita terlepas pingat dalam acara-acara tersebut. Pengurusan dan atlet perlu mengakui kekurangan mereka dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan mereka.
Harapan kita, atlet Malaysia mencapai kejayaan yang lebih gemilang selepas ini....
msh@12
Thursday, July 19, 2012
Wednesday, July 18, 2012
HARI SUKAN OLAHRAGA DAN SUKANEKA
Peraturan-peraturan mudah untuk acara sukan olahraga peringkat sekolah.
PERATURAN
PERTANDINGAN (TAHAP SATU)
ACARA
|
PERATURAN
|
BILANGAN
PESERTA
|
50 M
(L) &(P)
|
- Peserta mesti berlari dari garisan
permulaan hingga
ke garisan penamat.
- Peserta yang memotong laluan @
menghalang
larian pihak lawan akan
dibatalkan larian & peserta
paling pantas
adalah pemenang
|
100M(L) – 2 orang
100M(P) – 2 orang
|
LOMPAT JAUH (L)&(P)
|
- Peserta yang
paling jauh lompatan dikira
pemenang.
- Peserta yang
memijak melebihi papan dikira
batal.
|
L.Jauh (L) – 2 orang
L.Jauh (P) – 2 orang
|
20 M KEPIT BOLA BERGANTI
(L)&(P)
|
- Peserta mesti
mengepit bola di celah kangkang.
- Tidak
dibenarkan memegang bola semasa
larian kecuali apabila bola jatuh.
|
Pasukan Lelaki
– 6 orang
Pasukan
Perempuan – 6 orang
|
BAWA BOLA PING PONG DALAM SUDU BERGANTI
(L) &(P)
|
- Peserta tidak dibenarkan memegang sudu
semasa berlari
kecuali jika bola jatuh.
|
Pasukan Lelaki
– 6 orang
Pasukan
Perempuan – 6 orang
|
PECAH BELON
BERGANTI
(L)&(P)
|
- Setiap
peserta mesti berlari dari garisan
permulaan ke
tempat tiupan belon.
- Peserta mesti meniup belon serta
memecahkannya dan
kembali ke garisan
permulaann untuk
giliran peserta berikutnya.
|
Pasukan Lelaki
– 6 orang
Pasukan
Perempuan – 6 orang
|
LARI KAKI TIGA
BERGANTI
(L)&(P)
|
- Peserta pertama tidak dibenarkan mengikat tali
@ kain sebelum
visel dibunyikan.
|
Pasukan Lelaki
– 6 orang
Pasukan
Perempuan – 6 orang
|
TIUP TEPUNG
(L) &(P)
|
- Setiap
peserta mesti berlari dari garisan
permulaan ke
tempat carian gula-gula.
- Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil
sebiji gula-gula di dalam bekas untuk
setiap
larian.
- Masa yang diberi ialah 4 minit sahaja.
- Pasukan yang mengumpul gula-gula paling
banyak dikira
pemenang.
|
Pasukan Lelaki
– 6 orang
Pasukan Perempuan
– 6 orang
|
PERATURAN
PERTANDINGAN (TAHAP DUA)
ACARA
|
PERATURAN
|
BILANGAN PESERTA
|
100 M
(L)
&(P)
|
- Peserta mesti berlari dari garisan
permulaan hingga ke garisan penamat.
- Peserta yang memotong
laluan @
menghalang larian pihak lawan akan
dibatalkan larian
& peserta paling pantas adalah
pemenang
|
100M(L) – 2 orang
100M(P) – 2 orang
|
LOMPAT JAUH
(L)
&(P)
|
- Peserta yang paling jauh lompatan dikira
pemenang.
- Peserta yang memijak melebihi papan
dikira
batal.
|
L.Jauh (L) – 2 orang
L.Jauh (P) – 2 orang
|
LONTAR PELURU
(L) &(P)
|
- Peserta tidak
dibenarkan melangkah keluar dari
garisan hadapan semasa membuat
lontaran.
- Lontaran paling jauh
dikira pemenang.
|
Lelaki – 2 orang
Perempuan - 2 orang
|
TEROMPAH GERGASI
(L)
&(P)
|
- Peserta mesti
memulakan perjalanan dari garisan
permulaan hingga ke garisan penamat.
|
Pasukan Lelaki – 5
orang
Pasukan Perempuan – 5
orang
|
LARI KAKI TIGA
BERGANTI
(L)& (P)
|
- Peserta pertama tidak
dibenarkan mengikat tali
@ kain sebelum visel dibunyikan.
|
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang
|
GELEK TAYAR
25 M
BERGANTI
(L)& (P)
|
- Setiap peserta mesti
menggelek melalui
lorong
masing-masing.
|
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang
|
TARIK TALI
(L)&(P)
|
- Setiap pasukan tidak
dibenarkan menarik tali
sebelum wisel dibunyikan.
- Pasukan yang memasuki
kawasan lawan dikira
kalah.
|
Pasukan Lelaki – 10 orang
Pasukan Perempuan – 10 orang
|
Subscribe to:
Posts (Atom)