Sunday, April 8, 2012

Aku dan Bola...

Minat aku untuk menonton bola live tv melibatkan apa liga pun semakin kurang sekarang. Walaupun aku meminati La Liga tapi waktu siaran yang lewat pagi membataskan aku untuk menonton. Bola sepak seolah-olah telah layu untuk aku selepas berpisah dengan kawan-kawan 'kaki bola' semasa di rumah sewa semasa belajar di UiTM dulu. Semenjak tahun 2008 hingga sekarang hanya beberapa kali saja aku menonton bola termasuk piala dunia yang berakhir untuk aku selepas Brazil kalah. Dalam hidup ini, dua perlawanan bola sepak yang tak akan aku lupakan, pertama perlawanan akhir Piala Dunia tahun 1994 antara Brazil dengan Italy. Dan yang kedua perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dengan Singapura tahun 1993.  Itu kenangan yang mungkin orang lain tidak ingat tetapi dua perlawanan akhir inilah yang menerbitkan rasa cinta terhadap bola sepak suatu ketika dulu..

No comments: