Friday, July 13, 2012

KERTAS CADANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR






JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN,
BESUT



KERTAS CADANGAN
AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR
PELAJAR KPLI PENDIDIKAN JASMANI
INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN, BESUT
2008











DIPANJANGKAN UNTUK KELULUSAN
PENGARAH
INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN,
BESUT




___________________________________________________________________

1.         PENGENALAN

Program ‘IPSMB Extreme Outdoor Quest Challenge 2008’ merupakan program untuk memenuhi keperluan subjek pendidikan luar yang ditetapkan oleh Kurikulum Jabatan Pendidikan Jasmani IPSMB. Program ini merupakan program yang akan melibatkan guru-guru pelatih KPLI Pengajian Pendidikan Jasmani IPSMB.
Program yang dicadangkan selama 8 hari 7 malam ini dirancang khusus untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk membentuk jati diri sebagai persiapan untuk menjadi seorang guru yang bakal menjadi pemimpin dan contoh kepada masyarakat. Mereka diharapkan akan mempunyai daya saing yang terbaik sama ada semasa di IPSMB mahupun setelah tamat pengajian mereka. Selain dari itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal guru-guru pelatih. Melalui program ini juga guru-guru pelatih dapat menimba lebih pengetahuan tentang aktiviti camping, berkayak, orienteering, snorkeling, rope course dan sebagainya.

Program yang dirancang ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru pelatih KPLI dan pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani IPSMB.


2.         OBJEKTIF              
    
      I.    Memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih  tentang aktiviti yang akan diikuti.
    II.    Sebagai memenuhi kurikulum KPLI PJ iaitu Ujian Amali  untuk Pendidikan Luar KPLI PJ ambilan Januari 2008
   III.    Meningkatkan daya tahan guru-guru pelatih dari segi fizikal dan mental.
  IV.    Merapatkan silaturrahim antara guru-guru pelatih sesama guru-guru pelatih dan pensyarah.
    V.    Memberi peluang kepada guru-guru pelatih dalam bertukar pendapat dan pengalaman.
  VI.    Meningkatkan daya kepimpinan diantara guru pelatih.






3.         RASIONAL

Program ‘IPSMB Extreme Outdoor Quest Challenge 2008’ ini di wujudkan bertujuan untuk memberi peluang guru pelatih menimba pengetahuan dan pengalaman mengenai Pendidikan Luar. Objektif dan matlamat program diharap dapat menyumbang idea-idea baru bagi membantu meningkatkan tahap kepimpinan, pengetahuan, pengalaman, kemahiran, disiplin, dan jati diri guru-guru pelatih melalui pendidikan luar. 
Program seumpama ini juga dijalankan bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental di kalangan guru-guru pelatih. Program ini juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru pelatih, jurulatih, pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat. Di samping itu juga, program ini merupakan salah satu proses pembelajaran melalui pengalaman yang dialami oleh guru-guru pelatih  terutamanya dari segi teori dan praktikal.  Program ini juga diaadakan adalah untuk memenuhi kurikulum KPLI PJ iaitu Ujian Amali untuk Pendidikan Luar KPLI PJ ambilan Januari 2008.  Pelajar akan diuji secara amali dan Teori berhubung dengan amalan dan aktiviti dalam Pendidikan Luar
Selain itu, program ini juga diadakan untuk menjadikan seseorang itu lebih berkemahiran dan berdisiplin. Kesimpulannya, dengan menyertai program ini, guru-guru pelatih akan memperolehi banyak pengalaman dan pengetahuan yang boleh dipraktikkan di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian apabila pulang dari program ini.

4.         MATLAMAT

Di akhir program ini, diharapkan semua guru pelatih yang terlibat akan lebih berdedikasi, berketrampilan dan membentuk ciri berkepimpinan dalam membentuk identiti tersendiri. Di samping itu program ini juga diharap dapat membantu melahirkan guru-guru pelatih yang mendapat latihan yang secukupnya, bukan saja untuk aktiviti darat malahan aktiviti air. Latihan yang secukupnya akan dapat membantu meningkatkan ketahanan mental dan fizikal, spiritual, daya intelektual dan jati diri yang mantap.



5.         PESERTA

Para peserta adalah terdiri daripada guru-guru pelatih KPLI Pendidikan Jasmani IPSMB ambilan Januari 2008.

6.         TARIKH
Program ini akan diadakan selama 8 hari 7 malam  iaitu bermula pada 14 Jun  2008 sehingga 21 Jun 2008, bertempat di Pulau Perhentian, Terengganu.


7.         CARTA ORGANISASI


PENASIHAT

        KETUA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI

PENYELARAS PROGRAM

PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN JASMANI

PENOLONG PENYELARAS PROGRAM


PENSYARAH PENGIRING


PENGERUSI PROGRAM



PEN.PENGERUSI PROGRAM


SETIAUSAHA


PEN.SETIAUSAHA



BENDAHARI


PEN.BENDAHARI







AHLI JAWATANKUASA


PERALATAN



PROTOKOL


AKTIVITI



MAKANAN



PENGANGKUTAN



KEROHANIAN DAN KEBERSIHAN



PUBLISITI



LAPORAN



TUGAS TUGAS KHAS



KESELAMATAN


9.         BAJET PROGRAM
                       
PERBELANJAAN




PENGANGKUTAN    (PERGI/BALIK)          :RM  x 22 orang  x 2                =RM  

MAKAN PESERTA                                        :RM x 41 orang x 7 hari          =RM  

ALAT TULIS DAN BAHAN EDARAN            :RM  x 41 orang                       = RM  

MINYAK BOT                                                 :RM  x 2 bot x 7 hari                = RM  

SPARK PLUG                                                :RM  x 2 bot                           = RM  

2T                                                                   :RM x  1                               = RM  

JUMLAH KESELURUHAN                                                                       = RM



10.       PENUTUP


Semoga program yang berbentuk latihan ini dapat mencapai objektif seperti yang telah ditetapkan. Dengan adanya program ini, ianya dapat memberikan pendedahan dan pembelajaran secara positif kepada para guru pelatih melalui segala aktiviti yang dijalankan. Program seperti ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai lagi guru yang berwawasan dan tahan lasak dalam menghadapi kehidupan dan berjaya di masa hadapan. Secara tidak langsung program ini akan mengeratkan lagi ukhuwah dan pertalian di kalangan pensyarah dan guru pelatih. Program ini juga secara tidak langsung dapat membantu pihak institut melahirkan guru yang berpengalaman luas di dalam bidang rekreasi.

Adalah diharapkan melalui program ini akan dapat meningkatkan daya tahan dan kekuatan fizikal serta mental pelajar untuk menghasilkan guru permulaan yang berketrampilan, berdaya saing dan berkeyakinan tinggi. Program ini juga diharapkan dapat mencetuskan minat, semangat dan keinginan pelajar untuk mengikuti aktiviti aktiviti yang lebih mencabar dan bergiat aktif di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.


Disediakan oleh,


-----------------------------------
()

Setiusaha,
Pendidikan Jasmani, KPLI 2008
Institut Perguruan Sultan Mizan
22200 Besut, Terengganu


Disemak oleh,
-------------------------------------
()
Pensyarah Pendidikan Luar (KPLI)
Institut Perguruan Sultan Mizan
22200 Besut, Terengganu

Disahkan  oleh,
-----------------------------------
()

Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Institut Perguruan Sultan Mizan
22200 Besut, Terengganu




Diluluskan oleh;
----------------------------------------------------------------
()

Pengarah,
Institut Perguruan Sultan Mizan Besut,
22200 Besut, Terengganu.

Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan / tidak meluluskan program dalam kertas kerja ini.

Ulasan:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh :

No comments: