Wednesday, July 18, 2012

HARI SUKAN OLAHRAGA DAN SUKANEKA


Peraturan-peraturan mudah untuk acara sukan olahraga peringkat sekolah.

PERATURAN PERTANDINGAN (TAHAP SATU)

ACARA
PERATURAN
BILANGAN PESERTA
50 M
 (L) &(P)
- Peserta mesti berlari dari garisan  
  permulaan hingga ke garisan penamat.
- Peserta yang memotong laluan @
  menghalang larian pihak lawan akan  
  dibatalkan larian & peserta paling pantas  
  adalah pemenang

100M(L) – 2 orang
100M(P) – 2 orang
LOMPAT JAUH (L)&(P)
- Peserta yang paling jauh lompatan dikira
  pemenang.
- Peserta yang memijak melebihi papan dikira 
   batal.
L.Jauh (L) – 2 orang
L.Jauh (P) – 2 orang
20 M KEPIT BOLA BERGANTI
(L)&(P)
- Peserta mesti mengepit bola di celah kangkang.
- Tidak dibenarkan memegang bola semasa  
  larian  kecuali apabila bola jatuh.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang
BAWA BOLA PING PONG DALAM SUDU BERGANTI
 (L) &(P)
- Peserta tidak dibenarkan memegang sudu 
  semasa berlari kecuali jika bola jatuh.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang
PECAH BELON
BERGANTI
(L)&(P)
- Setiap peserta mesti berlari dari garisan 
  permulaan ke tempat tiupan belon.
- Peserta mesti meniup belon serta 
  memecahkannya dan kembali ke garisan 
  permulaann untuk giliran peserta berikutnya.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang
LARI KAKI TIGA
BERGANTI
(L)&(P)
- Peserta pertama tidak dibenarkan mengikat tali 
   @ kain sebelum visel dibunyikan.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang
TIUP TEPUNG
(L) &(P)
- Setiap peserta mesti berlari dari garisan 
  permulaan ke tempat carian gula-gula.
- Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil  
  sebiji gula-gula di dalam bekas untuk setiap   
  larian.
- Masa yang diberi ialah 4 minit sahaja.
- Pasukan yang mengumpul gula-gula paling 
   banyak dikira pemenang.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang


PERATURAN PERTANDINGAN (TAHAP DUA)


ACARA
PERATURAN
BILANGAN PESERTA
100 M
 (L) &(P)
- Peserta mesti berlari dari garisan 
  permulaan hingga ke garisan penamat.
- Peserta yang memotong laluan @
  menghalang larian pihak lawan akan  
  dibatalkan larian & peserta paling pantas adalah
  pemenang

100M(L) – 2 orang
100M(P) – 2 orang
LOMPAT JAUH
 (L) &(P)
- Peserta yang paling jauh lompatan dikira
  pemenang.
- Peserta yang memijak melebihi papan dikira 
   batal.
L.Jauh (L) – 2 orang
L.Jauh (P) – 2 orang
LONTAR PELURU
(L) &(P)
- Peserta tidak dibenarkan melangkah keluar dari 
   garisan hadapan semasa membuat lontaran.
- Lontaran paling jauh dikira pemenang.
Lelaki – 2 orang
Perempuan - 2 orang
TEROMPAH GERGASI
 (L) &(P)
- Peserta mesti memulakan perjalanan dari garisan 
  permulaan hingga ke garisan penamat.
Pasukan Lelaki – 5 orang
Pasukan Perempuan – 5 orang
LARI KAKI TIGA
BERGANTI
(L)& (P)
- Peserta pertama tidak dibenarkan mengikat tali 
   @ kain sebelum visel dibunyikan.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang

GELEK TAYAR
25 M
BERGANTI
(L)& (P)
- Setiap peserta mesti menggelek melalui 
  lorong masing-masing.
Pasukan Lelaki – 6 orang
Pasukan Perempuan – 6 orang
TARIK TALI
(L)&(P)
- Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik tali
  sebelum wisel dibunyikan.
- Pasukan yang memasuki kawasan lawan dikira 
  kalah.
Pasukan Lelaki – 10 orang
Pasukan Perempuan – 10 orang


No comments: