Sunday, July 1, 2012

Final Euro 2012

            Pertama kali untuk Euro 2012 aku tengok dari mula sampai habis perlawanan. Kemenangan mutlak milik pasukan Sepanyol dengan kemenangan 4-0. Kemenangan berpasukan yang hebat dilakar oleh Sepanyol dari gol pertama hingga yang terakhir. Pasukan Sepanyol adalah pasukan yang lengkap ketika ini dari penjaga gol hingga ke penyerangnya yang mempunyai banyak pilihan berbanding pasukan lain yang amat terhad untuk digantikan. Pasukan yang hebat pun tidak akan berguna tanpa pengurus dan pengurusan yang baik. Sebagai contoh pasukan pilihan yang disebut-sebut untuk ke akhir iaitu Belanda yang kecundang diperingkat kumpulan lagi walaupun mempunyai ramai pemain yang berbakat. 
             Berbalik kepada pasukan Sepanyol, mereka mempunyai 2  penjaga gol terbaik dunia ketika ini. Amat malang untuk Valdes sezaman dengan Casillas kerana kedua-duanya sedang berada pada prestasi terbaik mereka. Di bahagian tengah mereka mempunyai barisan yang cukup mantap untuk menyerang ataupun bertahan. Bahagian serang masih hebat walaupun tanpa kelibat David Villa yang masih cedera tetapi mereka masih mempunyai beberapa pilihan termasuklah Torres yang dilihat kurang menyengat bermula selepas berpindah ke Chelsea dari Liverpool tetapi dia masih berbisa jika dibandingkan dengan penyerang negara lain seperti England dan Portugal. 
              Tektikal yang digunakan oleh pengurus Sepanyol dengan meletakkan 3 pemain tengah menyerang jarang digunakan oleh pasukan lain tetapi berjaya untuk pasukan Sepanyol kerana mereka bermain secara berpasukan dan bermain dengan hantaran pendek yang tepat kepada rakan sepasukan dan terbukti berkesan apabila Silva meletakkan Sepanyol didepan pada minit ke 14 hasil permaianan cantik dari Febregas. Memang Sepanyol terbaik ketika ini. 
              Ini permainan macam ni lah yang telah hilang dari pasukan kegemaranku iaitu Brazil yang kali terakhir bermain secara berpasukan ialah pada Piala Dunia 2002. Selepas itu mereka hanya bermain secara lebih individu kerana mempunyai beberapa nama yang hebat seperti Ronaldihno, Kaka, Robinho, dan Adriano. Terbukti dengan mengharapkan pemain bintang sahaja tidak mampu untuk memberikan kejayaan yang diharapkan. 
             Pasukan negara kita juga telah mengamalkan permainan berpasukan yang baik ketika ini dimana kita sedang menikmati saat kebangkitan dalam arena bolasepak Asia Tenggara. Kejayaan pasukan bawah 22 tahun kita yang sedang bermain dalam kelayakan Piala Asia 2013 bawah 22 tahun di Myammar menunjukkan permaianan berpasukan amat berkesan dalam bolasepak moden ketika ini. 




Ayuh majukan lagi bolasepak kita!! 
msh@2012

No comments: